mengapa,why

22 11 2009

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya…

…tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya…

…tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya…

…tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, “dia mesti dibebaskan!”

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan…

…tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat…

…tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan… tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi…

…tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan…

…tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar…

…tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Sampaikan jika berasakan ia baik untuk sahabat anda!!!….(^_*)—





Cara Cover Kemaluan Anda

12 11 2009

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak…

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus…

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat..” oi! apa tolak-tolak ni?” walaupun tiada orang di blakang anda….

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu…haa…ni lah masa sesuai untuk bangun semula….

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu…ye tak?….





Fakta tentang kotak

22 10 2009

Melalui kajian oleh 1011 orang pakar otak terkemuka dunia, fakta tentang kotak lawan teman wanita adalah seperti berikut adalah berikut.

1.) Boleh dipakai jika terjadinya peristiwa pecah-atas (break-up) terutamanya jika teman wanita anda menghadiahkan anda pakaian.

2.) Kotak ada tanda ‘this side up’ tapi kalo kat teman wanita ada tanda, ‘both side is ok’.

3.) Kotak wijud dalam satu bentuk yang universal dan akan mengecil jika ditekan, sepak, lenyek, atau apa2 aktiviti fizikal lain tetapi wanita yang kurus akan mengembang jika mengahdapi tekanan emosi sahaja.

4,) Lelaki boleh memiliki sebanyak mungkin kotak, tapi kalo ade lebih dari satu teman wanita, bersedialah untuk masuk ke dalam kotak2 itu.

5.) Kotak boleh disusun menjadi robot Gundam, tapi jika anda cuba menyusun teman2 wanita anda, mereka akan jadi Gundam dan tembak anda.

6.) Banyak wanita suka memperkotak-katikan lelaki.

7.) Hadiah teman lelaki kepada teman wanitanye dibungkus di dalam kotak.

8.) Kalau kapal terbang terhempas, mereka akan cari kotak hitam, tapi kalau wanita terhempas (crush) pada lelaki, mereka akan cari lelaki itu.

Sekian aje, kalo ade yang marah, carilah aku dalam kotak2 yang berdekatan :P





new situation

21 10 2009

after these month,I must encounter some acting from girls actually fuckin trendy,saying other people fuckin weakness by that bitch also have her own weakness.Fuck off,im not intersted with youth’s trend which brings to destruction





undang unddang baru

17 10 2009

Orang di era zaman sekarang semuanya keras kepala (tak la sampai ke semuanya sekali), mereka-mereka ini menyukai undang-undang yang di buat sendiri sampaikan undang-undang yang kerajaan buat mereka tidak mahu patuhi. Pihak kerajaan memikirkan macam mana nak menyelesaikan masalah ini, akhirnya keputusan pun di buat.

Undang-undang bertulis yang di tukarkan:-

Dilarang Merokok – Silakan Merokok
Kanak-Kanak Melintas Di Hadapan – Langgarlah Kanak-Kanak Di Penjarakan
Jangan Bunyikan Hon Di Kawasan Hospital – Nak Bunyikan Hon Ke Nak Masuk Hospital
Topi Keledar Dilarang Masuk – Topi Keledar Nak Msuk Boleh Kalau Nak Hilang Kepala
Jurujual Dilarang Masuk – Jurujual Silakan Masuk Jurubeli Menantikan Beg Penumbuk
Arak Haram bagi Orang Yang Beragama Islam- Minumlah Arak Neraka menanti Syurga Di Jauhi
Dilarang menceroboh, Penceroboh Akan Di Dakwa – Pencereboh Akan Di Beri Hadiah Peluru Berdas-Das, Pencereboh Akan Dihospitalkan
Dekati Dadah Punca Keluarga Menderita – Gunakan Dadah Punca Keluarga Bahagia
Dilarang Memotong – Silakan Memotong
Motosikal Sahaja – Lain-lain Kenderaan Boleh Masuk Tapi Muat Ke, Fikir-Fikirkanlah
Staff Sahaja (Parkir) – Selain Staff Boleh Parkir Tapi Bayar Yuran Murah Sahaja
Berhenti – Bergerak
Beri Laluan – Tidak Beri Laluan, Akan Menginap Di Sebuah Hotel Perkuburan
Dilarang Masuk – Silakan Masuk Jangan Harap Boleh Keluar
Binatang Melintas – Langgar Sahaja Binatang Itu
Gunakan Lintasan Zebra – Kalau Anda Tak Guna Anda Memang Zebra
Awas Selekoh Di Hadapan – Langgar Selekoh Rezeki Mekanik
Had Laju – Bawaklah Laju Selaju Lajunya Ikut Suka Anda
Patuhi Lampu Isyarat – Langgar Lampu Isyarat Biar Tiada Langsung Lampu Isyarat
Masa Melawat – Ikut Suka Hati AndaKkalau Rasa Hospital Ini Nenak Moyang Anda Punya
Saman – Anda Sudah Lali Dangan Saman, Apa Kata Kita Tukar Saman Dengan Hukaman Gantung Sampai Mati?
Teksi Dan Bas Sahaja – Teksi Dan Bas Dibenarkan Melanggar Kenderaan Yang Tidak Berkenaan Di Kawasan Itu
Jalan Mati – Kalau Jalan Hidup Anda Mati
Dilarang Meletakkan Kenderaan – Silalah Meletakkan Kenderaan Atau Kenderaan Anda Di Musnahkan
Dilarang Membuang Sampah – Dibenarkan Buang Sampah, Rakyat Hidup Aman Dengan Sampah Lagi-lagi Sampah Masyarakat

Itu sahaja undang-undang terbaru dari kerajaan jikalau ada apa-apa lagi pertukaran akan kami maklumkan, Harap Maklum.





Takde kerje….

15 10 2009

Nampaknyer den dah takde kojo lain daaaa, asyik dok post lawak jerw,bukan semuanya best lolz.Sebab hari2 dapat lawak baru..lol





Cita Cita(Lolz)

27 09 2009

Seorang guru tadika sedang memupuk rasa percaya diri kepada pelajarnya-pelajarnya. Guru tersebut meminta mereka untuk memperkenalkan diri sekaligus memberitahu tentang cita-cita mereka.

Abu berdiri dan berkata, “Nama saya Abu bin Dolah. Bila besar nanti saya ingin jadi juruterbang, jadi bolehlah saya pergi ke Australia, Eropah, Iraq dan sebagainya”.

“Bagus Abu. Terima kasih. Siapa lagi?”, tanya cikgu.

Seorang pelajar perempuan yang duduk di tepi berdiri dan berkata, “Nama saya Noni binti Samad. Kalau besar nanti, Noni nak jadi suri rumah tangga dan mempunyai anak-anak yang comel”.
“Bagus. Jadi suri rumah tangga merupakan cita-cita yang mulia. Siapa lagi?”.

Seman berdiri dan berkata, “Saya Seman bin Leman, bila besar nanti saya bercita-cita untuk membantu Noni mencapai cita-citanya…”.





fakta lawak

27 09 2009

1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?





Azan

9 09 2009

Sepasang suami isteri tak sabar – sabar menantikan cahaya mata
mereka yang pertama. Tiba waktunya, si isteri berasa sakit dan si suami
menghantar isterinya ke hospital untuk memberanakkan anak mereka.
Alhamdulillah mereka dikurniakan anak lelaki lalu berkatalah mak mertua
lelaki tersebut Ha, tunggu apa lagi , cepatlah azankan anak kau tu.

Tanpa terus mengembangkan lubang hidongnya si menantu terus
mengambil anaknya untuk diazankan. Terdengar sayup – sayup suaranya
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Lailaihullahu Wallahuakbar
Allahu Akbat Walliahllam Tetiba PANG!!!. Satu tamparan padu hinggap di
pipinya.

Apsal kau ni sengal ubi sangat? Aku suruh kau azankan budak tu
bukan suruh kau bertakbir raya!.

Err… azan bukan macam tu ka? Saya ingatkan sama jeKata menantu
tersebut sambil cover malu. Subhanallah…





Pelancong taiwan

9 09 2009

Seorang pelancong dari Taiwan, pertama kali menjejakkan kakinya ke Malaysia. Ketika di KLIA, dia sampai ketempat untuk pengesahan kemasukkannya ke negara ini, iaitu Imegresen. Setelah menyerahkan pasportnya, pegawai Imegresen itu pun bertanya beberapa soalan kepadanya.

Pegawai : Nama?

Pelancong : Pak Yu.(sebutan dalam loghat Taiwan)

Pegawai Imegresen merasa amat marah dan menjerit, FUCK YOU!, jangan main-main dengan saya. Sekarang sebutkan nama penuh kamu!

Pelancong: Pak Yu Tu.