Perompak larikan wanita,jongkong emas RM 1.4 juta

31 12 2008

GEORGETOWN: Isteri pemilik sebuah premis membuat barang kemas diculik dua lelaki hampir sejam dalam rompakan membabitkan lapan jongkong emas serta barang berharga bernilai RM1.4 juta di Kawasan Perusahaan Jelutong 2 di sini, malam kelmarin.

Mangsa berusia 22 tahun dikatakan diculik perompak terbabit ketika hendak memasuki keretanya selepas ke pasar malam di Desa Green, Jalan Van Pragh di sini sebelum dibawa ke premis berkenaan, kira-kira jam 11 malam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakub, berkata sebaik tiba di premis yang terletak di tingkat satu bangunan rumah kedai kawasan perusahaan berkenaan, perompak bersenjata pistol dan pisau itu memaksa mangsa membuka peti besi.

“Selain jongkong emas seberat satu kilogram setiap satu bernilai RM769,000, perompak turut melarikan barang kemas lima kilogram bernilai RM497,000, wang tunai AS$20,300, komputer riba, telefon bimbit dan Toyota Vios milik mangsa,” katanya di sini, semalam.

Perompak turut merosakkan kamera litar tertutup di premis berkenaan dan meninggalkan mangsa di situ.

Setakat ini, seorang lelaki dan seorang wanita berusia 26 tahun ditahan bagi membantu siasatan.





Mawi Akui Ikin Tidak Cemburu Buta,Keluaraga Akur Pilihan Hatinya

31 12 2008

SEKIAN lama berteka-teki mengenai kisah cinta, Raja SMS, Mawi, akhirnya membuat pengakuan terbuka kepada media dengan mengumumkan pelakon drama dan model, Nora’asikin Rahmat atau Ikin, 29, adalah teman istimewanya. Pengumuman itu dibuat hanya beberapa jam sebelum malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 di Genting Highlands, 30 Mac lalu.

Dalam pertemuan bersama Mawi baru-baru ini, dia turut membuat pengakuan, mula mengenali Ikin secara rapat kira-kira setahun lalu, tapi kenapa baru-baru ini saja dia bersedia membuat pengakuan dan mengapa Ikin menjadi pilihan hatinya?

“Bagi saya, sesuatu yang belum pasti tidak perlulah digembar-gemburkan sedari awal, maka saya lebih gemar berdiam diri. Sebelum ini, saya mengenali Ikin sama seperti rakan artis lain, tiada apa-apa perasaan terhadapnya. Namun, siapa sangka, selepas beberapa lama menjalin persahabatan, barulah timbul perasaan sayang kepadanya.

“Namun, saya tidak terburu-buru membuat pengumuman kerana tiada apa yang pasti ketika itu. Sehinggalah tiba ABPBH 2007 30 Mac lalu, saya dan Ikin kebetulan berada pada majlis sama, barulah saya terdetik membuat pengakuan kerana bagi saya, inilah masa sesuai, tambahan pula pihak media seperti sudah menghidu sesuatu.

“Pun begitu, terus-terang saya katakan, sebelum membuat pengakuan itu, saya tidak menerima sebarang tekanan daripada mana-mana pihak, sebaliknya ia lahir dari hati yang tulus ikhlas. Saya sudah bersedia. Bagi saya, Ikin ada keistimewaan, orangnya kelakar, selamba, memahami kerjaya saya dan yang penting dia tidak cemburu buta,” terang Mawi.

Tiba-tiba soalan ini terus mencelah – sejauh mana kesahihannya, Ikin adalah punca Mawi putus tunang dengan Nor Diana Mohd Naim suatu ketika dulu?

Sejurus mendengar pertanyaan itu, nada suara Mawi berubah menjadi serius.

Usah ungkit kisah lama

“JANGANLAH diungkit kisah lama. Ikin tidak ada kena mengena dalam soal itu (putus tunang). Tidak perlulah dibongkar cerita silam kerana semuanya sudah selesai. Lagipun dia (Diana) sudah berkahwin dan tidak lama lagi akan menimang cahaya mata, tolonglah hormati perasaannya, suami, hati saya, Ikin dan keluarga masing-masing,” pinta Mawi berkali-kali.

Adakah pilihan Mawi, Ikin mendapat restu daripada keluarga, lebih-lebih lagi daripada ibunya?

“Mungkin ramai yang belum tahu, ibu saya tidak tahu menahu dalam soal ini. Perkara ini membabitkan hati dan perasaan saya, bukan orang lain. Bagi saya, apabila saya senang dan selesa bersama Ikin, keluarga dan ibu hanya menuruti saja pilihan saya. Mereka tiada masalah kerana saya yang bertanggung jawab. Yang penting, restu.

“Saya harap, selepas pengakuan ini, janganlah kehidupan ibu saya di kampung diganggu dengan 1,001 pertanyaan. Tidak perlu berpusu-pusu bertanya kepadanya, lagipun dia tidak sihat. Jika ada sebarang pertanyaan berhubung saya dan Ikin, terus datang bertemu saya. Tapi, rasanya saya sudah terangkan segala-galanya,” ujar Mawi.

Dijangka nikah Disember 2008

MENGENAI desas-desus tarikh perkahwinan Mawi-Ikin apabila mereka dikatakan akan bernikah November atau Disember ini?

“Berkali-kali sudah saya jelaskan, memang ada perancangan ke arah itu (perkahwinan), tapi belum ada sebarang tarikh sesuai. Cepat atau lambat jodoh saya bersama Ikin adalah ketentuan Tuhan. Sekiranya November atau Disember ini menjadi detik bersejarah kami, Alhamdulillah, tapi jika sebaliknya, saya hanya berserah kepada qada dan qadar Allah,” jelas Mawi tenang saja.

Mengulas mengenai jumlah undian Mawi sebagai Bintang Paling Popular, ABPBH 2007 yang terus merosot sebagai petanda popularitinya semakin pudar gara-gara pelbagai kontroversi yang pernah tercetus sebelum ini, ditambah cerita cintanya, apa pula komen Mawi?

“Terpulanglah kepada penerimaan peminat, yang penting hasil kerja dan produk yang dihasilkan, bukannya semata-mata dinilai kepada kisah peribadi. Tidak dinafikan, jika terpalit sebarang cerita negatif, peminat mudah terpengaruh. Justeru, selagi boleh, saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan isu sensasi dan kontroversi di masa depan.

“Ditakdirkan populariti terus merudum sekiranya saya berkahwin suatu hari nanti, saya berserah kepada rezeki. Lagipun, perkara (perkahwinan) itu belum menjadi kenyataan, saya tidak mampu meramal masa depan. Tapi, harapan saya, karier hari ini akan terus diterima peminat walau apapun status diri, Insya-Allah,” kata Mawi.

INFO Mawi

NAMA PENUH: Asmawi Ani

TARIKH LAHIR: 25 Ogos 1981

ASAL: Felda Taib Andak, Kulai, Johor

PENCAPAIAN: Juara Akademi Fantasia 3 (AF3); Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005 dengan 351,570 undi; selain Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular; Bintang Paling Popular, ABPBH 2006 dengan 261,555 undi, selain Penyanyi Lelaki Popular dan Artis Berkumpulan / Duo Popular; Bintang Paling Popular, ABPBH 2007 dengan 119,268 undi, selain kategori Penyanyi Lelaki Popular

ALBUM: The Best of Mawi World, Yang Tercinta dan Doa, Berzanji & Qasidah Berlagu serta album MTV Karaoke

Best of Mawi World mencatat penjualan kira-kira setengah juta unit.

FILEM: Aduh Salihab (Penggambaran dijadual disambung semula pertengahan bulan ini di sekitar Lembah Klang)

PROGRAM TV: Langkah Mawi

AKTIVITI BERSAMA PEMINAT: Menyertai rombongan ke Korea Selatan, Mei.





Israel tolak genjatan senjata:Menteri Akui Serangan Di Gaza Telah Lama Dirancang Tolak Genjatan

31 12 2008

GAZA: Israel semalam menolak sebarang perjanjian gencatan senjata dengan pergerakan Hamas di Gaza selagi serangan roket ke kawasan mereka tidak dihentikan malah mengakui serangan udara mereka yang paling hebat sejak berdekad lalu akan berterusan selama berminggu-minggu lagi.

Tentera darat Israel memenuhi kawasan sempadan bagi menghadapi sebarang kemungkinan pencerobohan masuk pejuang Palestin untuk menyerang manakala pesawat Israel melakukan serangan pada hari keempat sehingga menyebabkan 12 lagi penduduk Palestin terbunuh termasuk dua kanak-kanak perempuan yang juga adik beradik berusia 10 dan 12 tahun.

Pegawai perubatan menyatakan jumlah penduduk Palestin terbunuh sejak Israel mula melancarkan serangannya Sabtu lalu adalah 360 mangsa manakala penduduk cedera pula seramai 1,690 orang. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata lebih 62 yang terbunuh adalah orang awam.

Tiga penduduk dan seorang askar Israel turut terbunuh dalam serangan balas pejuang Palestin menggunakan pelancar roket.

Dalam tragedi terbaru, pesawat Israel melakukan lebih 40 serangan awal semalam termasuk mensasarkan bangunan Hamas sehingga menyebabkan 10 penduduk terbunuh, kata saksi dan petugas perubatan.





Nada dering baru di New Delhi

30 12 2008

Di New Delhi,nada dering yang berbuyi”kondom kondom”
bertujuan untuk mempromosikan seks selamat.Bagi mereka
penggunaan kondom agak memalukan disebalik jangkitan AIDS.
Nada dering tersebut menggunakkan suara penyanyi professional
dengan menyebut perkataan “kondom” sebanyak 50 kali
Memang power idea tu tapi sejauh manakah anda boleh
bertahan??????





Cetak Rompak Filem

30 12 2008

Syarikat filem terkenal Warner Bros telah menuntut dakwaan
terhadap sebuah syarikat filem India yang dipercayai telah
melanggar hak cipta mereka.Filem Hari Putar yang cuba dibuat
oleh syarikat India itu dianggap melanggar hak ciptanya kerana
ianya menyamai filem terkenal mereka Harry Potter.
Sekurang kurangnya ianya lebih kreatif daripada lanun cetak
rompak yang salin bulat bulat aje citer tu





Haru Punya Kes

30 12 2008

Seorang lelaki dari London menelefon pihak polis kerana seorang
penjual sandwich terlupa untukmeletakkan sos pada sandwich
yang dipesannya.Kemudian lelaki itu menelefon lagi menyatakan
bahawa pihak polis lambat sampai.Akhirnya lelaki itu ditangkap
kerana membuat dua panggilan palsu.
Hairan…orang macam ni pun ada ke?????





Hello world!

30 12 2008

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!